ARTIKEL

CAAM: Ujian ‘kereta terbang’ tidak mendapat kebenaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Penerbangan ujian yang dirancang ‘Unmanned Aircraft System (UAS) E-Hang 216 (EH-216) di hangar Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), Subang esok (21 Nov), tidak dapat kebenaran, kata PIhak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM dalam satu kenyataan hari ini menyebut lokasi penerbangan ujian di UNIKL MIAT itu kurang daripada 200 meter daripada trafik penerbangan komersil dan helikopter dan jelas berada dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang, yang merupakan di bawah kawalan Pengawal Trafik Udara.

EH216 hanya diberikan permit khas penerbangan (SFP) daripada ‘State of Design’ (Pihak Berkuasa Penerbangan China) yang terhad kepada menjalankan kajian dan pembangunan penerbangan di ‘Grand World Science Park’, Guangzhou.

CAAM juga kini menjalankan siasatan terhadap demonstrasi penerbangan melibatkan EH216 pada 15 Nov yang dilakukan di kawasan yang sama, dalam kawasan Lapangan Terbang Subang.

“Walaupun CAAM menyokong pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia, ujian dan demonstrasi penerbangan perlu dilakukan mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016, bagi memastikan keselamatan,” katanya.

CAAM berkata, mereka bersedia untuk mempertimbangkan permohonan penerbangan ujian EH216 di kawasan bersesuaian dan dengan sokongan daripada ‘State of Design’ pesawat tersebut.– BERNAMA

BERITA LAIN

Seni Warisan Gambus Lebo

Sesebuah bangsa dikenali melalui budaya, adat dan seni yang diwarisi turun-temurun, kerana elemen itulah yang membentuk identiti serta membezakannya daripada bangsa lain. Apabila warisan itu

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,