KUCHING: Acara sukan permotoran, Cabaran Drag Kuching 2023 kembali menemui peminat.
Program berprestij yang amat dinantikan itu akan berlangsung di Litar Sementara Fasa 2, Perindustrian Demak Laut pada Ahad (22 Oktober) ini.
Jurucakap Cabaran Drag Kuching, Fadillah Sulaiman memberitahu, program yang dianjur oleh Kelab Sukan Bermotor Prestasi Batu Kawa itu menyaksikan beberapa kategori dipertandingkan.
“Saingan kali ini menghimpunkan 15 kategori, kelas A hingga F dan Kelas E hingga P.
“Jarak perlumbaan adalah 402 meter untuk pecut dan 600 meter untuk break,” ujar Fadillah kepada Arena Suara Sarawak.
Bagi hadiah pula, katanya hadiah wang tunai bernilai RM800, RM400 dan RM300 dan piala menanti pemenang kategori A hingga kategori F.
“Manakala, pemenang kategori G hingga kategori P membawa pulang hadiah berupa piala,” katanya.
Jelas Fadillah, pihaknya menerima 50 penyertaan setakat ini dan ia akan terus bertambah dalam masa terdekat.



