ARTIKEL

Infografik pertandingan

CABARAN JOM FIT JOM SIHAT JULAU 2025 MEMBERI PELUANG UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Pusat Khidmat Parlimen Julau dengan kerjasama Pejabat Penerangan Malaysia (JaPen) Pakan dan Julau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan RELA akan menganjurkan pertandingan kesihatan yang dinamakan Cabaran Jom Fit Jom Sihat Julau 2025.

Program itu akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Julau merangkap Pengerusi Majlis Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Datuk Larry Sng Wei Shien.

Menurut maklumat, pertandingan itu akan berlangsung dari 5 Julai hingga 4 Oktober 2025 dengan hadiah lumayan disediakan.

Hadiah untuk juara ialah RM3,000, tempat kedua RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000.

Antara syarat penyertaan, peserta mestilah pengundi Parlimen Julau atau bekerja di Julau. Bagi penduduk luar Julau yang bekerja di Julau, mereka perlu menyertakan surat pengesahan Ketua Pejabat yang mengesahkan tempat kerja di Julau.

Peserta juga mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai berat 55 kilogram atau lebih. Selain itu, peserta perlu sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik yang membimbangkan. Wanita hamil tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

Yuran penyertaan ialah RM30 setiap peserta. Timbangan pertama akan diadakan pada 5 Julai 2025 dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Klinik Kesihatan Pakan dan Klinik Kesihatan Julau.

Borang penyertaan boleh didapati di Pusat Khidmat Parlimen Julau dan Pakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kevin Jampang Ranggak (013-8326927), Oscar (013-8864372), Jennifer (013-9613824) atau Angela (014-6887828).

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 4 Oktober 2025 berserta taklimat kesihatan daripada KKM di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU