ARTIKEL

filter: 0; jpegRotation: 90; fileterIntensity: 0.000000; filterMask: 0; module:1facing:0; hw-remosaic: 0; touch: (0.49416667, 0.49416667); modeInfo: ; sceneMode: Night; cct_value: 0; AI_Scene: (0, -1); aec_lux: 0.0; hist255: 0.0; hist252~255: 0.0; hist0~15: 0.0;

Cabaran Kilat Boy berpuasa sambil berlakon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»PENGGAMBARAN fi lem aksi terbaharu, Tumbukan Emas arahan Jalot Jeman atau Ghazali Jeman yang menampilkan elemen pertarungan, bukan sahaja menguji ketahanan fi zikal pelakon, tetapi juga semangat mereka dalam berpuasa sepanjang Ramadan.

Menurut pelakon utama yang juga bintang tinju Sarawak, Daeloniel McDelon Bong atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy, 26, cabaran terbesar dalam penggambaran kali ini ketika menjalani babak pertarungan di atas gelanggang, yang menjadi lebih mencabar apabila dilakukan dalam keadaan berpuasa.

“Persiapan kami seperti biasa, namun penggambaran pada Ramadan memberikan pengalaman baharu. Ia sedikit mencabar, terutamanya dalam babak aksi yang memerlukan stamina yang tinggi.

“Lebih menarik, fi lem ini mengangkat sejarah pertarungan wira tinju negara Sapok Biki, yang pernah dipertandingkan di Sukan Komanwel 1998.

“Kami cuba menangkap kembali semangat permainan ini, jadi setiap gerakan dalam pertarungan perlu kelihatan realistik,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di Gelanggang Tinju Stadium Perpaduan, baru-baru ini.

Sebagai seorang petinju, pelakon ini sudah biasa dengan rutin diet ketat dan latihan intensif, jadi berpuasa sambil menjalani penggambaran bukan sesuatu yang asing baginya.

“Kami sudah biasa berlatih sambil berpuasa, sama seperti ketika menurunkan berat badan untuk pertandingan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

“Kadang-kadang kami berpeluang berbuka bersama keluarga, tetapi jika penggambaran berlangsung hingga malam, kami berbuka di lokasi,” ujarnya lagi.

Di set penggambaran, kru produksi turut memberikan kelonggaran kepada pelakon Muslim untuk berbuka puasa sebelum kembali beraksi.

Ditanya mengenai pengalaman terbaik sepanjang penggambaran, dia menyatakan keterujaannya dapat membawakan watak tokoh yang dihormati.

“Ini satu penghormatan buat saya.

Filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga memperkenalkan sejarah kepada generasi baharu.

Dengan pengalaman ini, saya tidak menolak jika diberi peluang untuk berlakon dalam lebih banyak fi lem aksi.

“Jika ada tawaran yang menarik dan jalan cerita yang bagus, insya-Allah saya terbuka untuk mencuba lagi,” ujarnya lagi.

Walaupun sibuk di set, persiapan Aidilfi tri tidak dilupakan.

“Kami sudah bersedia awal, memandangkan jadual penggambaran penuh sepanjang Ramadan.

Raya tahun ini kami sambut di Kuching bersama-sama keluarga,” ujarnya.

Dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi, pelakon ini membuktikan bahawa disiplin dalam sukan dan lakonan boleh berjalan seiring bersama keluarga, tetapi jika penggambaran berlangsung hingga malam, kami berbuka di lokasi,” ujarnya lagi.

Di set penggambaran, kru produksi turut memberikan kelonggaran kepada pelakon Muslim untuk berbuka puasa sebelum kembali beraksi.

Ditanya mengenai pengalaman terbaik sepanjang penggambaran, dia menyatakan keterujaannya dapat membawakan watak tokoh yang dihormati.

“Ini satu penghormatan buat saya.

Filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga memperkenalkan sejarah kepada generasi baharu.

Dengan pengalaman ini, saya tidak menolak jika diberi peluang untuk berlakon dalam lebih banyak fi lem aksi.

“Jika ada tawaran yang menarik dan jalan cerita yang bagus, insya-Allah saya terbuka untuk mencuba lagi,” Walaupun sibuk di set, persiapan Aidilfi tri tidak dilupakan.

“Kami sudah bersedia awal, memandangkan jadual penggambaran penuh sepanjang Ramadan.

Raya tahun ini kami sambut di Kuching bersama-sama keluarga,” ujarnya.

Dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi, pelakon ini membuktikan bahawa disiplin dalam sukan dan lakonan boleh berjalan seiring. 

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan