ARTIKEL

PRESIDEN PMNS...Haji Jumaat Ibrahim

CABARAN MUAYTHAI AMATUR 2026: Sibu tuan rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Bahagian Sibu bakal menjadi tumpuan peminat sukan lasak di seluruh negeri ini berikutan penganjuran kejohanan berprestij, Cabaran Muaythai Amatur Sibu 2026.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Haji Jumaat Ibrahim memberitahu bahawa kejohanan terbabit akan berlangsung di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor, Sibu bermula dari 12 hingga 14 Jun depan.

Menurut Jumaat, pelbagai kategori akan dipertandingkan sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung kelak.

“Kejohanan ini antara aktiviti PMNS pada tahun ini yang menghimpunkan atlet muay mewakili pelbagai kelab,” ujar Jumaat kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau mengakui bahawa penganjuran kejohanan terbabit amat bertepatan. Selain dapat menghimpunkan atlet muay berbakat, kejohanan ini turut memberi peluang kepada mereka untuk memperlihatkan bakat masing-masing.

“Kita percaya ramai atlet muay berbakat terlibat dalam kejohanan kali ini yang mencakupi atlet muay Sukma kita. Justeru, inilah pentas terbaik bagi kita untuk menilai prestasi semasa mereka,” tambah Jumaat.

Beliau berharap atlet muay Sukma menggunakan peluang yang ada pada kejohanan itu sebagai pentas untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU