ARTIKEL

BAKAL MENCURI TUMPUAN... Antara sebahagian atlet yang akan berentap.

Cabaran Muaythai NAO 2025: Pertembungan dramatik atlet handalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 100 atlet Muay Thai akan berentap dalam Cabaran NAO yang dijadual berlangsung di Stadium Muaythai NAO Nasi Abe Kota Samarahan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Kejohanan ini anjuran bersama Kelab Muaythai Kenyalang (MTK), Nasi Abe Original, Persatuan Muaythai Kuching, Persatuan Muaythai Samarahan dan NAO Pro Fight.

Beberapa kategori berat dipertandingkan seperti amatur, semi profesional dan profesional.

Bakal mencuri tumpuan, empat perlawanan melibatkan kategori profesional yang menyaksikan pertembungan wakil Kelab Muaythai Kenyalang (MTK).

Saingan kategori terbabit menyaksikan Adek akan menentang Syeed (War 15), Aiman berdepan Kilat (Sting), Razie menentang Nuno (Sting) dan Adzrif menanti Danish (Legacy).

Tidak kurang menariknya pertembungan untuk kategori semi profesional yang mempertemukan Ahmad Shahrizal Wafi (Legacy) dan Ahmad Shahrizal Wafi (Legacy).

Manakala, Mohammad Amiruz (DMT X RENTAP) berdepan Aizan Danish (MTK).

Pengunjung juga akan disajikan pertembungan istimewa melibatkan Jeffrison (MTK) dan Mokhairyl Aminuddin (Sting).

Kejohanan ini merupakan kesinambungan kepada Cabaran NAO yang dianjurkan pada Julai lepas juga di gelanggang sama, sebagai platform untuk memperkasakan pembangunan sukan Muay Thai khususnya di Bahagian Samarahan.

Presiden Persatuan Muaythai Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim menyifatkan inisiatif diambil oleh pihak kelab Muaythai Kenyalang, Nasi Abe dan jawatankuasa penganjur kejohanan ini sangat bertepatan.

Menurut Jumaat, ia secara tidak langsung dapat membantu persatuan mengangkat lagi mutu sukan tersebut.

“PMNS mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penganjur atas komitmen berterusan dalam menganjurkan kejohanan seperti ini.

“Sermemangnya ia sangat penting bagi kita untuk mencungkil atlet baharu yang boleh diketengahkan untuk mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 kelak,” ujar Jumaat.

Beliau turut berterima kasih Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) atas sokongan berterusan terhadap semua program anjuran PMNS.

Sesi timbang akan diadakan pada esok hari (8 Ogos), manakala perlawanan amatur berlangsung bermula dari 9 pagi hingga 6 petang.

Untuk susun atur jadual perlawanan pada Sabtu pula menyaksikan perlawanan membabitkan kategori semi profesional dan profesional bermula dari pukul 8 malam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU