ARTIKEL

FOTO Bernama.

Cadang bina ‘rumah kucing’ jaga kebajikan kucing gelandangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya ‘rumah kucing’ diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata ‘rumah kucing’ berkenaan boleh menawarkan perkhidmatan seperti vaksinasi, rawatan neuter dan menyediakan perkhidmatan adopsi kucing.

“Di Bandar Tun Razak kita ada banyak kucing gelandangan yang dibuang merata-rata…langkah ini (rumah kucing) dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Rakan Kucing Malaysia (PRKM) dan Pet Universe di sini hari ini.

MoU itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebajikan kucing dan menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

Justeru, Dr Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri menyeru agensi kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti untuk bersama-sama meningkatkan standard kebajikan haiwan peliharaan di Malaysia dengan mewujudkan ‘rumah kucing’ berkenaan.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU