ARTIKEL

Cadangan bangunkan tanah terbiar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan mengambil semula tanah-tanah terbiar ‘land bank’ melebihi 10 tahun daripada pemilik tanah supaya dapat dibangunkan semula.

Land Bank ialah pembelian tanah lot perumahan pra-pembangunan dan menyimpannya untuk sekurang-kurangnya lima tahun mahupun lebih untuk tujuan pada masa hadapan ataupun diusahakan bagi pembinaan rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, ia susulan banyak tanah-tanah kosong yang terbiar di Sarawak termasuk di kawasan Stakan.

‘’Walaupun kosong tetapi mempunyai pemilik tanah…bukan orang kampung, bukan orang sekitar tetapi individu atau syarikat besar yang mempunyai tanah tetapi terbiar.

‘’Malah, tanah-tanah ‘land bank’ ini dimilik oleh individu yang tidak berada di Sarawak, mereka menunggu harganya tinggi suatu ketika dan menjana keuntungan daripada tanah itu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada Perbahasan Atas Bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, 2024 Dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Bagi 2025 di Persidangan DUN di sini, semalam.

Disebabkan itu, Hamzah menyarankan agar Kerajaan Sarawak mengambil semula mana-mana tanah terbiar selama lebih 10 tahun kerana ia secara tidak langsung memberi kesan kepada penduduk di kawasan Stakan.

‘’Ini kerana mereka tidak mendapat hak yang sepatutnya kerana tiada tanah untuk kemudahan asas,’’ katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut memohon agar Kerajaan Sarawak menilai semula kelulusan pembangunan kawasan perumahan di kawasan Stakan yang dilihat tidak terkawal.

Katanya, ia susulan terdapat masalah yang timbul hasil perumahan yang wujud mendatangkan kegusaran berulang kepada penduduk sedia ada.

Pemaju seperti mendapat kelulusan membuat pembangunan perumahan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

‘’Isu ini memberi impak dalam masalah tekanan air, kesesakan jalan, dan sistem perparitan yang mengakibatkan banjir kilat.

‘’Ini kerana pemaju dapat mengelak beberapa kriteria wajib yang dituntut regulasi jika dilaksana secara berperingkat-peringkat,’’ katanya.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)