ARTIKEL

Cadangan pelajar sekolah pakai pelitup muka: Sarawak tunggu keputusan Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan mewajibkan pemakaian pelitup muka di sekolah bagi mengekang lonjakan kes Covid-19.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi membolehkan pihaknya mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut.

“Kami sedang menunggu keputusan daripada Kerajaan Persekutuan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak boleh mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

“Ini kerana kita perlu menilai keadaan pada masa ini memandangkan bilangan kes Covid-19 di Sarawak masih terkawal dan diharap ia kekal bergitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (Dun) Tupong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Uggah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di sekolah bagi mengekang lonjakan kes Covid-19 susulan penularan varian XBB.1.16 atau dikenali sebagai Arcturus.

Mengulas lanjut, Pengerusi JPBN Sarawak terbabit menasihati orang ramai agar menjaga kesihatan masing-masing terutama bagi individu yang mengalami gejala demam kerana tidak mustahil ia merupakan jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau akan mengadakan pertemuan segera bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, sebelum sekolah dibuka semula pada 2 Mei.

Katanya, sebarang garis panduan dan SOP baharu untuk pelajar akan dikeluarkan sebelum persekolahan dibuka semula sebagai langkah berjaga-jaga.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU