ARTIKEL

Abang Johari berucap pada majlis perasmian Konvensyen Khas PBB Zon Utara hari ini.

Cadangan penubuhan agensi pembangunan khas utara Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kawasan pinggir Miri termasuk Lambir, Bekenu dan Marudi bakal mendapat suntikan pembangunan yang lebih tersusun menerusi cadangan penubuhan agensi pembangunan khas bagi wilayah utara itu.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan berkenaan bagi memastikan kawasan luar bandar dan pinggir Miri tidak tercicir daripada arus pembangunan negeri.

Awang Tengah berucap pada majlis Konvensyen Khas PBB Zon Utara hari ini.

“Pada prinsipnya saya bersetuju untuk membangunkan kawasan luar Miri. Kawasan pinggirannya termasuk Lambir, Marudi dan sebahagian kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Utara di Stadium Tertutup Miri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu bahawa penubuhan agensi pembangunan berasaskan wilayah bukan perkara baharu di Sarawak kerana pendekatan yang sama sudah dilaksanakan di beberapa kawasan lain termasuk Kuching dan Serian.

Katanya, pendekatan berkenaan membolehkan pembangunan dirancang berdasarkan keperluan serta potensi setiap kawasan.

“Seperti yang kita bangunkan di Kuching, Serian dan kawasan pinggirannya melalui agensi pembangunan, mungkin kita boleh bangunkan agensi Miri untuk kawasan ini,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata cadangan itu penting bagi melengkapkan agenda pembangunan di Miri, Samalaju dan Bintulu, khususnya dalam sektor pelancongan.

Katanya, beberapa agensi pembangunan wilayah sudah diwujudkan di bawah Regional Corridor Development Authority (RECODA), antaranya Upper Rajang Development Agency (URDA), Highland Development Agency (HDA) dan Northern Region Development Agency (NRDA).

Oleh itu, tegas beliau, penubuhan agensi baharu bagi kawasan Lambir, Bekenu dan Marudi akan memberikan ruang kepada masyarakat setempat untuk terlibat secara langsung dalam merancang pembangunan berdasarkan kekuatan dan potensi kawasan masing-masing.

“Agensi seperti ini membolehkan kita mengurus sumber dengan baik dan bersungguh-sungguh, selain menambah nilai kepada produk yang ada,” katanya.

Sementara itu, Awang Tengah berkata kawasan utara Sarawak turut mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian moden, khususnya bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri.

Katanya, kerajaan negeri sudah meluluskan pada prinsipnya projek perintis penanaman padi termasuk penggunaan padi saka yang berpotensi mengurangkan keperluan penanaman semula setiap tahun.

“Di Baram, padi saka ini tidak perlu ditanam setiap tahun. Tanam sekali dan sekurang-kurangnya tiga tahun tidak perlu ditanam lagi, malah boleh dituai sehingga lima kali setahun,” katanya.

Tambah beliau, beberapa kawasan di utara Sarawak termasuk Lawas dan Limbang juga sudah diwartakan untuk pembangunan tanaman padi.

Selain tanaman padi, katanya, potensi sektor penternakan dan akuakultur turut perlu diteroka secara lebih agresif menerusi pendekatan pertanian moden.

“Hasrat kita supaya pertanian moden ini dapat dilaksanakan di kawasan utara dan memberi manfaat kepada masyarakat kita,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU