KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadang memperkenalkan semula Pengajian Bible di peringkat sekolah rendah di Sarawak.
Adun Bukit Semuja, John Ilus berkata, ini agar anak-anak muda penganut Kristian menerima pendedahan awal subjek tersebut.
“Semasa dan selepas era penjajahan Brooke, jabatan pendidikan kita mengadakan pengajian Bible sebagai mata pelajaran di sekolah dan terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang pelajar pada masa itu.
“Ini meningkatkan lagi toleransi dalam kalangan golongan muda sebagai sebahagian daripada pembangunan insan dan rohani,’’ katanya pada Siang DUN Sarawak hari ini.
Beliau turut membangkitkan isu agar pihak kontraktor Projek Pan-Borneo menilai semula pembinaan P-Turn di kawasan Kampung Rasau Serian untuk kesejahteraan dan keselsaaan ibu bapa apabila menghantar dan mengambil anak-anak ke SK Melansai.
Katanya, mereka perlu turun ke Pasar Serian menggunakan P-Turn di kawasan Kampung Munggu Limo dan pusing balik di Kawasan Kampung Bedup dalam kira-kira enam atau tujuh kilometer.

