ARTIKEL

Premier (barisan hadapan, tengah) merakamkan gambar kenangan pada Majlis Pecah Tanah Projek Clinker Line 2 di Loji Bersepadu Mambong, Padawan, semalam.

Cahya Mata Manfaat Sisa Permulihan, Hasil Simen Eko

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Langkah kumpulan Cahya Mata memanfaatkan sisa pemulihan sebagai sumber tenaga serta penghasilan simen eko dilihat menyokong aspirasi Sarawak dalam mengurangkan pelepasan karbon, sekali gus mencapai sasaran sifar bersih.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan inovatif berkenaan penting bagi mengimbangi kesan pelepasan karbon dan penggunaan bahan dalam proses pengeluaran, selain selari dengan dasar global dalam menangani perubahan iklim.

“Itulah bahan yang kita perlukan sekarang bagi menyeimbangkan kesan pelepasan karbon serta bahan yang digunakan.

“Dalam erti kata lain, ia menuju ke arah sifar bersih yang bermakna anda boleh mengimbangi dan menyamakan pelepasan karbon dengan penggunaan bahan boleh diperbaharui atau lestari dalam proses pengeluaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Clinker Line 2 di Loji Bersepadu Mambong, Padawan, di sini semalam.

Abang Johari menjelaskan bahawa Sarawak kini berada di barisan hadapan seiring dasar dunia berkaitan pengurangan pelepasan karbon, termasuk usaha membangunkan hidrogen sebagai alternatif kepada bahan api fosil yang diiktiraf sebagai sumber tenaga paling bersih.

Walaupun kos penghasilan hidrogen ketika ini masih tinggi, beliau optimis kemajuan teknologi akan menurunkan kos tersebut pada masa hadapan, termasuk penemuan teknologi membran baharu dalam proses elektrolisis oleh Mitsubishi di Jepun.

Beliau turut mendedahkan bahawa menjelang 2027, Sarawak bakal menjadi wilayah pertama di rantau ini yang mengendalikan sistem pengangkutan awam berasaskan hidrogen menerusi Transit Aliran Autonomi (ART).

“Pada mulanya, ramai yang skeptikal, namun bagi setiap perkara yang baharu, pastinya akan wujud keraguan.

“Bagaimanapun, untuk kita memperkenalkannya (ART), pendekatan yang teliti mesti diambil jika ingin melaksanakan sesuatu yang baharu,” tambahnya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan