ARTIKEL

Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (kanan) dan Mohd Zahidi secara rasmi menandatangani perjanjian penajaan berjumlah RM5 juta kepada MAF dalam usaha memartabatkan sukan olahraga Malaysia

Cahya Mata Sarawak sumbang RM5 juta kepada Kesatuan Olahraga Malaysia, perkasa sukan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata) amat komited dalam usaha memperkasakan sukan dan juga atlet negara.

Hal ini dibuktikan dengan penyerahan tajaan daripada syarikat tersebut kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (MAF) yang berjumlah RM5 juta bagi memajukan pembangunan sukan olahraga di Malaysia.

Kerjasama tersebut memberi fokus kepada pembangunan sukan olahraga dan akar umbi serta memastikan kesejahteraan holistik atlet negara dengan memberi penekanan kepada peningkatan fizikal dan mental.

MAF dalam satu kenyataan berkata, kerjasama ini bakal membantu melahirkan lebih ramai atlet olahraga di Malaysia.

Jelasnya, kebanyakan atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa ketika ini adalah dalam kalangan golongan muda dan sudah pastinya sukan olahraga akan meraih kejayaan lebih baik selepas ini.

“Kerjasama ini memainkan peranan penting untuk MAF mencapai objektif serta matlamat yang telah ditetapkan. Justeru, tajaan ini akan memberi fokus khusus kepada pembangunan dan juga khidmat jurulatih.

“Apabila kita ada pelapis yang baik, ia akan mewujudkan kesinambungan untuk meneruskan kejayaan dalam sukan olahraga,” katanya sempena majlis memeterai kerjasama antara Cahya Mata dengan MAF.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Jeneral Datuk Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata, visi utama Cahya Mata dan MAF adalah bagi memartabatkan sukan olahraga Malaysia secara keseluruhan serta memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada atlet sepanjang karier mereka.

Katanya, atlet dalam kalangan belia adalah sangat penting kerana mereka merupakan pelapis kepada atlet negara pada masa akan datang.

“Perkongsian ini mencerminkan kepercayaan kami terhadap potensi atlet Malaysia. Oleh itu, komitmen kami adalah penting dalam memastikan bakat mereka dapat dimanfaatkan dalam usaha melonjakkan prestasi demi mencapai kejayaan di pentas antarabangsa, dan sekali gus memperkasakan pencapaian Malaysia dalam sukan olahraga,” ujarnya.

Dalam pada itu, perkongsian strategik antara kedua pihak bakal dilengkapi dengan sumber, latihan dan sokongan amatlah diperlukan bagi memperkasakan kejayaan atlet negara.

Selain itu, ia juga membantu mereka untuk bersifat lebih berdaya saing serta berada pada kedudukan yang terbaik dalam landskap sukan di peringkat antarabangsa khususnya.

Terdahulu, atlet olahraga menunjukkan prestasi membanggakan dan antaranya adalah di Sukan Asia Hangzhou 2022.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi