ARTIKEL

CAKRA KHAN pencinta kucing jalanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Di sebalik suaranya yang lantang dan penuh emosi di pentas nyanyian, rupa-rupanya penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, 33, memiliki sisi peribadi yang cukup menyentuh hati.

Siapa sangka, fi gura yang sinonim dengan lagu-lagu cinta ini sebenarnya ialah pencinta alam dan haiwan yang tegar.

Menurut Cakra, atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman, kerjaya impiannya ialah menjadi seorang petani sekiranya beliau tidak menjadi penyanyi.

Minatnya terhadap aktiviti bercucuk tanam telah berputik sejak kecil akibat pengaruh ibunya yang turut berkebun di kampung halaman mereka, Pangandaran, Indonesia.

“Saya memang suka menanam sayur-sayuran, sama seperti ibu saya.

Kami ada kebun di kampung dan di rumah saya di Jakarta pun saya tanam cili, betik, halia dan bunga kantan,” katanya dalam satu temu bual bersama sebuah portal hiburan.

Bagi Cakra, aktiviti berkebun bukan sekadar hobi, tetapi satu bentuk terapi jiwa.

“Saya menemui ketenangan apabila menanam. Ia seperti ‘mengecas semula’ untuk tenaga saya.

Setiap kali saya berasa penat atau mahu menenangkan fi kiran, saya akan turun ke kebun,” katanya. Lebih mengagumkan, Cakra juga seorang pencinta haiwan.

Beliau menjaga 30 ekor kucing jalanan di rumahnya dan memastikan setiap satunya diberi perhatian serta penjagaan yang rapi.

“Saya memang menyayangi kucing.

Kesemuanya saya selamatkan daripada kehidupan di jalanan. Sekarang saya ada 30 ekor di rumah.

Perbelanjaan untuk makanan, rawatan dan penjagaan mencecah RM6,000 sebulan,” kongsi Cakra.

Beliau turut mengakui bahawa walaupun kerjaya seni amat mencabar dan meletihkan, kepulangan ke rumah serta masa yang diluangkan bersama tanaman dan haiwan peliharaan memberikannya semangat baharu untuk terus berkarya.

Peminat pastinya lebih mengagumi penyanyi Harus Terpisah ini bukan sahaja kerana bakat dan suara merdunya, tetapi juga sisi kemanusiaannya yang begitu mendalam terhadap alam dan makhluk sekeliling.

Dalam dunia hiburan yang sering dipenuhi dengan glamor dan kontroversi, Cakra Khan tampil berbeza, membuktikan bahawa seorang artis juga mampu memberi inspirasi melalui kesederhanaan, kasih sayang, dan nilai kemanusiaan.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha