ARTIKEL

Calon PBK pertama kali mengundi di tempat sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Bagi Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) untuk Dun Tellian, Zainuddin Budug, hari pengundian hari ini merupakan pengalaman manis buatnya apabila pertama kali mengundi di tempat asalnya di Kampung Petanak.

Beliau hadir seawal jam 8 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Petanak bersama-sama penduduk sekitar.

“Hari ini menjadi satu pengalaman manis buat saya kerana bersama-sama penduduk di sini memangkah undi, tambahan sekolah yang menjadi pusat mengundi ini ialah sekolah lama saya dahulu,” katanya kepasa Suara Sarawak.

Beliau turut kagum dengan persembahan pengundian yang dilakukan oleh pengundi di saluran golongan dewasa dan warga emas kerana proses berjalan begitu cepat.

“Menariknya tadi saya lihat sendiri proses pengundian berlaku begitu cepat, dan kita tahu mereka cukup berpengalaman dalam mengundi, boleh pejam mata sahaja boleh mengundi.

“Ini menjadi kelebihan untuk pengundi di Saluran 1 ini,” ujarnya lagi.

Malah beliau turut menasihati kepada semua pihak untuk turun mengundi dan tidak turun pada saat-saat akhir.

Pada kali ini empat penjuru dipertandingkan di Dun Tellian melibatkan calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK)

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

BERITA TERBARU