Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Calon PN yakin rampas kerusi Batang Lupar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP... Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Batang Lupar, Hamdan Sani (tengah).
BERCAKAP… Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Batang Lupar, Hamdan Sani (tengah).

SIMANGGANG: Calon PN Parlimen Batang Lupar, Hamdan Sani yakin ketiadaan penyandang kerusi Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan memudahkan kemenangan Perikatan Nasional (PN).

Hamdan melahirkan keyakinan itu berdasarkan kepada usaha pihaknya yang mahu menyediakan pendekatan dan wadah baharu kepada penduduk Batang Lupar.

“Di peringkat Batang Lupar, penyandangnya sudah tidak bertanding lagi yang ia digantikan dengan calon baharu,” katanya.

Beliau bagaimanapun mendedahkan usaha melakukan inovasi dan wadah pendekatan baharu menjadi faktor utama bertanding biarpun mengetahui Batang Lupar merupakan kubu kuat GPS.

Dalam perkembangan sama, Hamdan menegaskan mahu membawa inovasi baharu khususnya membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di Batang Lupar.

Katanya, tumpuan khas tersebut bagi mengembangkan bakat masyarakat belia di kawasan tersebut dari berpindah keluar mencari pekerjaan lain.

“Batang Lupar merupakan salah satu tempat berpotensi untuk anak-anak muda mengembangkan karier dari segi pertanian moden dan sebagainya.

“Mungkin bila PN dapat memenangi Parlimen Batang Lupar, kita boleh membuat perubahan dan menbawa benda-benda baharu kepada anak muda,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon Batang Lupar di sini, hari ini.

Tambahnya, perkara lain yang turut ditekankan adalah penyediaan asas termasuk jalan raya, kemudahan balai polis dan balai bomba.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk