ARTIKEL

Cambridge cadang pantau pelajar cemerlang tingkatan tiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Universiti Cambridge mencadangkan agar Kerajaan Sarawak mengenal pasti dan memantau pelajar berprestasi tinggi seawal tingkatan tiga.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan itu dikemukakan semasa pertemuan dengan wakil Cambridge di Kuching minggu lalu yang turut membincangkan usaha memperkukuh prestasi akademik pelajar Sarawak dan peluang kemasukan mereka ke universiti ternama itu.

“Wakil Cambridge menasihatkan agar prestasi pelajar di sekolah berprestasi tinggi termasuk sekolah antarabangsa dipantau sejak tingakatan tiga.

“Ini bagi meningkatkan peluang mereka bersaing memasuki universiti dengan standard yang sangat tinggi,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-30 Institut Pembangunan Sarawak (SDI) di sini, malam tadi.

Abang Johari turut memaklumkan Kerajaan Sarawak memperkenalkan ujian penilaian tahun enam, tingkatan tiga dan tingkatan lima bersama Cambridge untuk menilai kesiapsiagaan pelajar terutama dalam subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata, pencapaian dalam STEM masih rendah sekali gua memerlukan campur tangan kerajaan untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi cabaran bidang ini.

Selain itu, kerajaan juga bekerjasama dengan London School of Economics (LSE).
Abang Johari menekankan inisiatif tersebut penting untuk membina bakat Sarawak yang mampu memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan melalui laluan antarabangsa dan universiti tempatan.

“Pengajian ini disediakan secara percuma, jadi semua pelajar, tanpa mengira latar belakang ekonomi berpeluang melanjutkan pelajaran kerana kerajaan GPS menyokong sepenuhnya,” ujarnya.-TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU