ARTIKEL

KULIT single terbaharu Carrie Geres, Dayung Bidayuh (2026 Remix), menampilkan Dashin Ngalong, antara wanita Bidayuh terakhir yang masih memakai gelang tembaga tradisi dari Kampung Semban.

Carrie Geres gegar industri muzik Bidayuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Penyanyi kelahiran Padawan yang semakin menyerlah, Carrie Geres, kembali menghangatkan industri muzik tempatan dengan pelancaran single Dayung Bidayuh (2026 Remix) yang turut hadir bersama video muzik rasmi.

Karya istimewa ini dilancarkan baru-baru ini di YouTube serta pelbagai platform penstriman digital, sekali gus menandakan satu lagi fasa penting perjalanan seni Carrie yang terus berevolusi.

Menurut Carrie, Dayung Bidayuh mengangkat kisah wanita Bidayuh secara menyeluruh.

“Walaupun sebahagian lirik menyebut Dayung Biperoh yang merujuk kepada subkumpulan Biatah di Padawan, lagu ini sebenarnya mewakili wanita Bidayuh secara keseluruhan,” jelasnya.

Tambahnya, lagu ini meraikan wanita Bidayuh daripada pelbagai daerah termasuk Padawan, Bau, Serian, Lundu sehingga ke Kalimantan Barat, Indonesia, tanpa mengira latar tempat dan subkumpulan.

Menariknya, mesej lagu ini bersifat positif dan penuh penghargaan terhadap wanita Bidayuh, susunan muziknya menampilkan elemen suram melalui penggunaan bunyi loceng dan gong yang diredam.

“Walaupun mesejnya positif, muziknya agak suram.

Itulah yang menjadikan lagu ini istimewa,” kata Carrie.

Lagu ini asalnya dicipta pada 2015 selepas kejayaan single pertama Carrie, Tenggie Ku.

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila Dayung Bidayuh dinobatkan sebagai juara Anugerah Carta Lagu Bidayuh Wai FM pada 2019, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam arena muzik Bidayuh.

Single ini ditulis, digubah dan diterbitkan oleh abangnya, Lester Geres, menggunakan dialek Biperoh – disesuaikan dengan bahasa moden serta slanga kampung halaman keluarga mereka di Kampung Garung dan Kampung Jambu.

Proses rakaman, adunan dan proses penguasaan audio (mastering) dikendalikan oleh seorang lagi abangnya, Bernie Joel Geres, di studio di rumah mereka, Tsitra Music.

Menurut Lester, pemilihan bahasa Bidayuh dibuat dengan penuh kesedaran.

“Saya mahu lagu ini digunakan bagi mempromosikan warisan kami, sambil menunjukkan orang Bidayuh juga seiring dengan perkembangan zaman,” katanya.

Walaupun dialek digunakan mungkin tidak sepenuhnya tulen, ia mencerminkan cara pertuturan sebenar generasi hari ini.

“Beginilah cara kami bercakap sekarang.

Lagu ini ialah versi diri kami yang paling asli,” ujarnya.

Dari segi genre, lagu ini mengetengahkan elemen hip-hop dan R&B bagi menarik minat generasi muda.

Pendekatan tersebut dipilih bagi memperkenalkan bahasa Bidayuh melalui genre yang lebih dekat dengan aliran muzik semasa.

Pada 2018, lagu ini pernah diberi nafas baharu menerusi versi adunan semula (remix) dengan tambahan rap Bidayuh oleh Lester sendiri.

Sempena ulang tahun ke-10 lagu ini, keseluruhan produksi disusun semula dengan mengekalkan vokal asal dan elemen penting, namun diperkemaskan dengan struktur dram dan garis bes yang lebih bertenaga.

Bagi versi 2026, Carrie turut menambah rangkap rap baharu dalam bahasa Inggeris.

“Saya mahu tunjukkan saya bukan sahaja seorang penyanyi, tetapi juga boleh rap.

Ramai yang tidak tahu tentang sisi itu,” dedahnya.

Selain audio, Dayung Bidayuh (2026 Remix) turut hadir dengan video muzik rasmi yang menjalani proses penggambaran dalam tempoh sembilan tahun, melibatkan tiga fasa berbeza.

Antara lokasi terlibat termasuk sungai berhampiran Kampung Annah Rais, kediaman Carrie di Kuching, serta Semadang dan Kampung Garung.

“Adegan di tepi sungai itu sangat bermakna kerana pokok besar di lokasi tersebut telah hanyut akibat banjir beberapa tahun lalu,” kongsi Carrie.

Dalam pada itu, video arahan Pengarah GX ini menampilkan gabungan fesyen tradisional, kontemporari, couture dan fesyen jalanan, selain kemunculan Dashin Ngalong, salah seorang Ring Lady Bidayuh terakhir dari Kampung Semban, serta penampilan khas artis tempatan terkenal.

Sebagai artis kelahiran Sarawak yang pernah mara ke peringkat 32 teratas Calpis Soda One In A Million 2024, Carrie terus membuktikan kredibilitinya dalam industri muzik.

“Saya mahu terus berkarya sambil membawa identiti dan warisan kami ke pentas yang lebih luas,” katanya.

Single Dayung Bidayuh (2026 Remix) kini boleh distrim di platform utama seperti Spotify, Apple Music, iTunes dan Tidal, sekali gus membuka ruang kepada peminat tempatan dan antarabangsa untuk menikmati nafas baharu muzik Bidayuh dalam acuan moden.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU