ARTIKEL

PENYELAMAT SUKMA…Kemenangan Cassandra melakar sejarah apabila menjadi ‘penyelamat’ negeri pada SUKMA XXI. Photo Aliff Noni.

Gimnas wanita, Cassandra, pungut emas ke-76, penyelamat Sarawak muncul juara SUKMA XXI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Gimnas wanita Sarawak Cassandra Lavigne Shelden menjadi ‘penyelamat’ negeri apabila menambah satu pingat emas mengatasi pungutan emas terkumpul Wilayah Persekutuan 75, sekali gus menjadikan tuan rumah juara keseluruhan SUKMA XXI.

Atlet berusia 21 tahun terbabit berjaya merangkul emas selepas mencatat 12.233 dalam kategori Senaman Lantai acara Gimnastik Artistik Wanita pada aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Serian di sini, petang tadi.

Malah, anak jati Bumi Kenyalang terbabit menutup lembaran perjalanan SUKMA dengan penuh emosi apabila tidak menyangka menjadi ‘penyelamat’ kepada Sarawak dengan penampilan terakhirnya pada temasya sukan dwitahunan itu.

“Saya amat gembira dan bangga dengan pencapaian ini kerana saya tidak menyangka dapat meraih pingat dalam acara Senaman Lantai.

“Lebih mengejutkan, emas ini menjadi emas terakhir yang menyumbang kepada kemenangan keseluruhan Sarawak.

“Syukur kerana dapat membantu Sarawak,” ujarnya dengan nada gembira ketika ditemui selepas sesi penyampaian pingat oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Datuk Martin Ben, di sini, hari ini.

Sementara itu, ahli pasukannya, Audrey Jude Rendih Alexander terlepas pingat gangsa dan menduduki tempat keempat dengan markah 11.100.

Gangsa dirangkul oleh pemain Selangor Cadence Zi Qi Teh, yang mencatatkan mata sebanyak 11.466.

Pingat perak dalam acara ini dimenangi atlet Perak Yeap Kang Xian, yang memperoleh 11.866 mata.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan