ARTIKEL

Cebisan rangka wanita mangsa Tsunami 2011 dikenal pasti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SENDAI-Beberapa bahagian cebisan rangka manusia yang ditemukan berhampiran pantai tenggara wilayah Miyagi bulan lalu, telah dikenalpasti sebagai seorang wanita yang dilaporkan hilang semasa kejadian gempa bumi dan tsunami dahsyat yang melanda daerah itu 10 tahun yang lalu, sumber polis menyebut.

Pada 17 Feb lepas, polis tempatan telah menemukan sebahagian besar cebisan rangka manusia adalah milik wanita dikenali sebagai Natsuko Okuyama, berdasarkan siasatan forensik pergigian dan Analisa DNA. Wanita yang tinggal di Higashimatsushima dalam daerah Miyagi itu berusia 61 tahun pada masa kejadian pada 11 Mac 2011.

Wanita itu dipercayai baru pulang dari tempat kerja semasa kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda bandar tersebut, lalu terperangkap serta serta diseret oleh tsunami.

“Saya berasa sangat gembira yang ibu saya telah ditemui Ketika ulang tahun ke-10 kejadian malang itu. Ia akan menjadikan lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskna kehidupan menghadapi masa depan,” ungkap anak mangsa melalui kenyataan polis.

Japan Today turut melaprkan, lebih 18,000 orang maut atau hilang semasa kejadia bencana alam itu yang melanda sebahagian besar Miyagi dan daerah-daerah sekitarnya seperti Fukushima dan Iwate. -Japan today

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU