ARTIKEL

Cederakan orang lain, tiga beradik, rakan dipenjara 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tiga beradik dan seorang rakan dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencederakan seorang lelaki menggunakan tukul besi dan topi keledar dalam satu kejadian di tepi jalan menuju ke Kampung Segedup, September lalu.

Tertuduh Syah Rizmanie Iswandi, 28, Mohd Yazid Yunus, 22, Muhammad Syahrizwan Iswandi, 26, dan Muhammad Syahrizan Iswandi, 21, masing-masing mengaku bersalah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan ali.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama sengaja mendatangkan kecederaan mangsa berusia 24 tahun menggunakan helmet dan tukul di tepi jalan menuju ke Kampung Segedup, sekitar jam 12.30 tengah malam, 28 September lepas.

Oleh itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, mangsa dan isterinya dalam perjalanan pulang ke Kampung Segedup menggunakan sebuah motosikal.

Semasa perjalanan, mangsa ditahan oleh sepuluh orang lelaki yang dikenali dan empat daripada mereka telah memukul menggunakan tukul besi di bahagian belakang bahu kiri, belakang kepala dan memukul hidung menggunakan helmet.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di lebam dan bengkak.

Pengadu yang berjaya melarikan diri bersama isterinya terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pihak polis berjaya menangkap tertuduh pertama dan kedua pada 6 Oktober lepas, manakala tertuduh ketiga dan keempat berjaya ditangkap pada 7 Oktober lalu.

Difahamkan, tertuduh pertama(Rizmanie) membawa adik beradik yang lain dan rakan-rakannya untuk memukul mangsa kerana adik lelakinya mengadu mangsa pernah memukulnya.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap semua tertuduh.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU