ARTIKEL

CELESTINE AYIE tampil lagu baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dunia hiburan Dayak kembali meriah dengan kemunculan penyanyi berbakat besar, Celestine Ayie, yang kini tampil dengan lagu baharu berjudul Sanggup Ngugi, sebuah karya yang bukan sahaja rancak dari segi melodi, malah sarat dengan rasa cinta yang mendalam.

Menariknya, lagu ini merupakan percubaan sulung Celestine sebagai penulis lirik, menjadikan Sanggup Ngugi sangat istimewa dalam kerjayanya.

Dilancarkan secara rasmi di YouTube pada 31 Mac lalu, lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang gadis.

Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menjadi sebahagian daripada keluarganya.

Walaupun liriknya berunsur romantik, Celestine menegaskan bahawa lagu ini tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.

“Ia sekadar hiburan buat para peminat.

Lagu ini lain daripada lagu-lagu saya sebelum ini kerana saya sendiri yang menulis liriknya.

Ia lebih bertenaga dan menyeronokkan untuk dinyanyikan,” ujar Celestine, yang juga seorang usahawan.

Bermula sebagai penyanyi secara suka-suka semasa di universiti, Celestine yang berasal dari Song mula serius dalam bidang ini selepas lagu pertamanya Semua Nya Salah Aku diterbitkan pada 2015.

Sejak itu, beliau menghasilkan lebih 15 lagu termasuk lagu duet seperti Joget Salam Bekelala dan Larat.

Memiliki minat dalam nyanyian sejak zaman sekolah rendah, Celestine mengakui Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai sumber inspirasinya.

“Beliau bukan sahaja berbakat, tetapi sangat profesional, rendah diri dan tidak pernah terlibat dalam kontroversi.

Saya kagum dengan cara beliau menjaga nama baiknya dalam industri,” katanya lagi.

Antara cabaran terbesar dalam dunia hiburan menurut Celestine adalah dari segi kos penghasilan muzik yang tinggi serta memastikan lagu dapat diterima ramai.

Namun, dengan semangat dan sokongan daripada peminat, beliau terus kuat melangkah.

Melihat perkembangan muzik Dayak masa kini, Celestine berpendapat industri ini semakin berkembang dengan kemunculan ramai artis muda dan kemudahan platform digital seperti YouTube dan Spotify yang membantu artis menjangkau peminat di seluruh dunia.

“Harapan saya agar muzik Dayak lebih dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kita ada ramai artis berbakat besar, dan saya mahu melihat industri ini lebih bersatu serta saling menyokong,” tambahnya.

Buat para peminat yang selama ini menyokong kerjayanya, Celestine mengucapkan jutaan terima kasih.

“Anda semua bukan sekadar peminat, tetapi sebahagian daripada perjalanan hidup saya dalam dunia seni.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU