ARTIKEL

CENTEXS Lundu Buka Pengambilan Sesi April 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Peluang keemasan kini terbuka kepada golongan belia Sarawak untuk membina masa depan dalam bidang teknikal dan teknologi menerusi program latihan percuma yang ditawarkan di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu.

Institusi latihan berimpak tinggi ini terus memperkukuh peranannya dalam melahirkan tenaga kerja mahir menerusi pelbagai program berorientasikan industri selari dengan keperluan semasa.

Dikenali dengan mercu tanda helikopter yang melambangkan kekuatan dalam bidang aeroangkasa, kampus ini turut menggabungkan latihan dalam sektor pelancongan dan hospitaliti, sekali gus menjadikannya pusat pembelajaran yang holistik.

Terletak di kawasan yang tenang dan dikelilingi keindahan alam semula jadi, CENTEXS Lundu menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif yang membolehkan pelatih memberi tumpuan sepenuhnya dengan latihan tanpa gangguan kesibukan bandar.

Ketua Kampus CENTEXS Lundu, Dr Nor Ashikin Abdul Rahman berkata, peluang yang disediakan kerajaan negeri amat signifikan khususnya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekitar Lundu, Bau, Sematan dan daerah lain kerana ia ditawarkan secara percuma dengan kemudahan lengkap.

“Inisiatif ini bukan sahaja memastikan keselesaan pelatih, malah meringankan beban kewangan ibu bapa dan membuka peluang kepada mereka yang sebelum ini terhalang untuk melanjutkan pengajian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pengambilan pelatih dihadkan kepada 340 sahaja dengan setiap program mempunyai kuota tersendiri, manakala pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan serta permohonan terawal.

Menyentuh tentang pencapaian alumni, beliau berkata kesemua pelatih pertama program Sheet Metal di Akademi Aeroangkasa berjaya memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian pada Februari lalu dan kini berkhidmat di SME Aerospace Sdn Bhd di Subang.

“Setakat ini, lebih 250 anak Sarawak mengikuti pengajian di Akademi Aeroangkasa CENTEXS Lundu dan ADC Subang.

“Program lain juga menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila pelatih terus ditawarkan pekerjaan selepas menamatkan latihan industri,” jelasnya.

Untuk makluman, pengambilan bagi sesi April 2026 kini dibuka kepada calon yang layak dan orang ramai khususnya lepasan sekolah digalakkan untuk merebut peluang sebelum kuota penuh.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 019-806 8609 untuk permohonan atau khidmat nasihat kerjaya, selain mengikuti hebahan terkini melalui Facebook dan TikTok CENTEXS Lundu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU