ARTIKEL

Gambar hiasan

CEO syarikat telko didakwa tipu boleh anugerah projek bernilai RM47.25 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu berhubung penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta, tiga tahun lepas.

Mohd Razain Hashim, 45, yang merupakan CEO RD Comm & Network (M) Sdn Bhd, didakwa menipu ketua pegawai operasi sebuah syarikat pembinaan bahawa beliau boleh menganugerahkan ‘Project Of Engineering Services For Maxis Installation And Fixed Monopole New Site Project Peninsular Malaysia 250 Units Foundation of Pole’ sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan wang berjumlah RM250,000 secara perbankan dalam talian di Maybank Taman Putra, Ampang, Selangor pada 29 April dan 3 Mei 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Anita Harun menetapkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan tertuduh membayar RM20,000 hari ini dan baki RM80,000 pada 11 Mac.

Mahkamah turut mengarahkan Mohd Razain melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berdekatan setiap bulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 April.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili peguam T. Harpal Singh.

Sebelum ini, Mohd Razain dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding pendakwaan pada 28 Feb lepas. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU