ARTIKEL

CEPA Malaysia-UAE dijangka perkukuhi pelaburan, perdagangan dua hala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) merupakan satu perjanjian penting yang dijangka dapat meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.
Perjanjian itu juga dijangka dapat meningkatkan lagi peluang pelaburan untuk syarikat Malaysia di UAE. Syarikat Malaysia kini beroperasi dalam beberapa sektor iaitu, pembinaan, minyak dan gas, perkhidmatan pengedaran, dan makanan serta minuman.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perjanjian bersejarah ini menandakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pertama Malaysia dengan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

“Memandangkan pertumbuhan perdagangan yang kukuh dan peningkatan hubungan industri antara negara kita, terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan mobiliti elektrik, saya yakin perjanjian ini (CEPA) akan mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala kita
“Pelaksanaan perjanjian ini pada akhir 2024 adalah sesuatu yang sangat dinantikan.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 MY-UAE CEPA, satu perjanjian komprehensif, merangkumi bidang seperti perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan, kemudahan pelaburan, perdagangan digital, perusahaan mikro, kecil dan sederhana, kerjasama ekonomi dan lain-lain.

Perjanjian itu juga memperkenalkan bab pertama Malaysia mengenai Ekonomi Islam dalam CEPA, membuka jalan untuk kerjasama dengan UAE dalam bidang pensijilan Halal, kewangan Islam dan digital.
Sementara itu, Menteri Negeri bagi Perdagangan Luar UAE Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi berkata Malaysia menawarkan peluang besar untuk pengeksport, ahli industri dan pemimpin perniagaan dari negaranya, terutamanya dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti tenaga, logistik, pembuatan, dan perkhidmatan kewangan.
 “Malaysia adalah rakan perdagangan lama dan dipercayai, yang seperti UAE, sedang berusaha untuk meningkatkan prospek ekonominya melalui peningkatan perdagangan dan pelaburan yang disasarkan,” katanya.
UAE muncul sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dari rantau Asia Barat pada 2023, dengan perdagangan dua hala meningkat sebanyak 5.4 peratus kepada US$8.67 bilion (RM 39.63 bilion) berbanding tahun sebelumnya.
Dari segi pelaburan, 34 projek pembuatan dengan penyertaan UAE bernilai US$0.4 bilion (RM1.5 bilion) di Malaysia tahun lepas.
– Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha