ARTIKEL

Cerapan, solat sunat gerhana bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

INSTITUT Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dengan kerjasama Jabatan Mufti Sarawak telah menganjurkan Program Cerapan dan Solat Sunat Gerhana Bulan Penuh yang bertempat di Masjid Darul Na‘im dan Padang Bola Jaring IKMAS.

Seramai 150 pelajar dan kakitangan IKMAS turut serta dalam program ini.

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada warga IKMAS, khususnya pelajar dan kakitangan, menghayati kebesaran Allah SWT melalui fenomena alam yang jarang berlaku, iaitu gerhana bulan penuh.

Pelbagai pengisian disusun, antaranya Kuliah Maghrib bertajuk “Gerhana Bulan: Tanda Kekuasaan Allah dan Ibrah untuk Umat Manusia” yang disampaikan oleh Penolong Mufti, Jabatan Mufti Sarawak Ustaz Taqiuddin Rabbani Sarbini.

Program diteruskan dengan taklimat gerhana oleh Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Sarawak Ustaz Mohammad Fauzi Hairani.

Walaupun cerapan tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca berawan tebal menutupi bulan, program tetap berlangsung dengan penuh penghayatan melalui pelaksanaan solat sunat gerhana secara berjemaah.

Imam dan penyampai khutbah bagi solat sunat gerhana tersebut ialah Penolong Mufti, Jabatan Mufti Sarawak Ustaz Fazrulezam Fadzil.

Semoga program ini memberikan pengalaman berharga kepada warga IKMAS dalam memahami ilmu falak, menghayati sunnah Rasulullah SAW, serta meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

BERITA LAIN

Rumah Oren sukar ditandingi

HEBAT dan sukar ditandingi. Demikian gambaran keunggulan kontinjen Rumah Oren apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambay 2026, baru-baru ini.

BERITA TERBARU