ARTIKEL

CERIA...Awang Putrayusrie (tengah) bergambar bersama-sama sebahagian yang hadir untuk mandi di kolam tersebut.

Ceria, kolam renang dibuka semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Keceriaan bagi masyarakat yang tinggal di sekitar Kota Samarahan dengan pembukaan semula Kolam Renang Kota Samarahan.

Sekali gus, memberi peluang mereka yang ingin mandi bersama-sama keluarga dan orang tersayang.

Upacara simbolik pembukaan kolam renang tersebut telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

“Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah mereka yang hadir untuk mandi di kolam renang ini pagi tadi.

“Sudah begitu lama mereka tidak dapat mandi di kolam ini selepas ditutup ekoran pandemik COVID-19 pada 2020,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

Terdahulu beliau mengingatkan kepada pengunjung agar mematuhi segala percaturan sepanjang menggunakan kemudahan di kolam renang tersebut.

“Ingin saya ingatkan kepada pengunjung agar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan,” tegas beliau.

TIDAK LEPAS PELUANG… Sebahagian pengunjung yang datang mandi di kolam tersebut.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan