ARTIKEL

Ceroboh masuk rumah tidak berpenghuni, penganggur dipenjara lapan bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menceroboh masuk sebuah rumah tidak berpenghuni pada April tahun lalu.

Mahmud Muhi, 44, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menceroboh masuk rumah milik mangsa lelaki berusia 47 di Jalan Ellis di sini, sekitar jam 1.40 petang, 22 April 2022.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, mangsa melihat seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan sebuah kenderaan sedan berada dalam kawasan rumahnya.

Mangsa tidak mengetahui punca tertuduh berada dalam kawasan rumahnya sedangkan rumah terbabit tidak berpenghuni dan berkunci.

Tanpa berfikir panjang, mangsa terus menghubungi pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Tertuduh berjaya ditangkap selang 20 minit kemudian di rumah yang sama oleh pasukan polis peronda Balai Polis Sekama.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah berada dalam kawasan rumah mangsa tanpa kebenaran yang sah dengan memotong manga dan membuka pagar hadapan rumah serta membawa masuk kereta tertuduh ke dalam kawasan rumah berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU