ARTIKEL

Rodney (kiri) dan Ryan Lambert (kanan). - Foto: Malaysia NT

Cheng Hoe Buru Keputusan Positif, Tujuh Pemain The Cats Sedia Galas Cabaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Harimau Malaya bertekad mencipta kejutan ke atas China meskipun berdepan lawan yang memiliki kedudukan ranking dunia lebih tinggi dalam aksi persahabatan antarabangsa di Guangdong, Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, perbezaan kekuatan kedua-dua pasukan bukan penghalang untuk skuad kebangsaan memburu keputusan positif dalam perlawanan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre.

“Sebagai jurulatih, sudah tentu saya mahu mendapatkan keputusan positif. Dalam setiap perlawanan, kami sentiasa mengharapkan kemenangan,” katanya dalam rakaman video temu bual Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

“Kami mahu mencipta keputusan yang baik menentang China, tetapi pada masa sama perlu mengakui terdapat perbezaan kekuatan antara kedua-dua pasukan.

“Saya berharap pemain yang dipanggil kali ini dapat memberikan persembahan terbaik apabila turun menentang China nanti,” tambahnya.

Berdasarkan kedudukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang dirujuk menjelang perlawanan, China berada di tangga ke-96 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke-133, sekali gus memperlihatkan cabaran besar menanti skuad negara.

Dalam pada itu, tujuh pemain Kuching City FC menjadi antara tonggak yang bakal menggalas cabaran Harimau Malaya selepas menyertai kem latihan kebangsaan di Zhaoqing, Guangdong.

Mereka terdiri daripada Haziq Nadzli, Haziq Aiman Esa, Rodney Celvin Akwensivie, Ariff Farhan Md Isa, Ryan Lambert, Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah Usman.

Daripada jumlah itu, Ariff merupakan pemain ketujuh The Cats menerima panggilan selepas enam pemain Selangor FC terpaksa menarik diri akibat kecederaan susulan aksi separuh akhir kedua Piala FA, Ahad lalu.

Pertemuan menentang China dijadual bermula 8 malam Sabtu ini, sebelum Malaysia berdepan Yaman pada 17 November, 2 petang di lokasi sama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU