ARTIKEL

Gambar hiasan

China, AS Capai Konsensus Mengenai Perdagangan, TikTok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MADRID: Delegasi China dan Amerika Syarikat (AS) telah berkomunikasi secara berterus terang, mendalam dan konstruktif berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama rata mengenai isu ekonomi dan perdagangan yang menjadi perhatian bersama, termasuk isu TikTok dari 14 hingga 15 September.

Kedua-dua pihak menyedari bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil antara China dan AS bukan sahaja signifikan bagi kedua-dua negara, malah juga amat penting terhadap kestabilan dan pembangunan ekonomi global.

Demikian kata wakil perundingan perdagangan antarabangsa merangkap Naib Menteri Perdagangan China Li Chenggang dalam sidang taklimat di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, China dan AS telah mencapai konsensus rangka asas mengenai cara menyelesaikan isu TikTok melalui kerjasama, pengurangan halangan pelaburan, dan promosi kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Mengenai isu TikTok, Li menegaskan bahawa China secara konsisten menentang langkah mempolitikkan, memperalatkan dan mempersenjatakan isu sains dan teknologi serta ekonomi dan perdagangan.

Dalam sidang taklimat berkenaan, Naib Ketua Pengarah Pentadbiran Ruang Siber Negara China, Wang Jingtao berkata, kedua-dua pihak China dan AS telah mencapai konsensus asas berdasarkan keinginan perusahaan dan peraturan pasaran, mengenai penyelesaian isu TikTok melalui cara-cara seperti operasi amanah data pengguna TikTok di AS dan urus niaga keselamatan kandungan, serta lesen hak penggunaan harta intelek seperti algoritma.

Kerajaan China akan menyemak dan mengesahkan hal-hal berkaitan TikTok seperti eksport teknologi dan lesen hak penggunaan harta intelektual dan sebagainya.– BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha