ARTIKEL

Foto: BERNAMA

China, Brazil mahu perkasa kerjasama dalam segenap aspek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BRASILIA: China dan Brazil saling menyokong dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras masing-masing, memperkasakan kerjasama dalam segenap aspek dan meningkatkan penyelarasan di bawah mekanisme seperti BRICS dan Kumpulan 20 (G20). 

Demikian kata Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Li Xi ketika mengadakan kunjungan dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.

Li membuat lawatan rasmi ke Brazil pada 18 hingga 22 September.

Beliau berkata pertemuan antara Presiden Xi Jinping dengan Presiden Lula yang diadakan pada tahun ini membuka lembaran baharu dan menggariskan hala tuju hubungan kedua-dua negara pada era baharu.

Menurut Li, tahun ini ulang tahun ke-30 hubungan perkongsian strategik China-Brazil dan kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun depan.

“PKC bersedia untuk meningkatkan interaksi dan saling menimba pengalaman dengan Parti Pekerja Brazil, sekali gus melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi,” kata Li.

Presiden Lula pula berkata kerjasama Brazil dan China telah membuahkan hasil yang memuaskan. 

Beliau meluahkan harapan supaya terus menggalakkan penyelarasan strategik pembangunan antara kedua-dua negara, mengukuhkan kolaborasi dengan China dalam mekanisme pelbagai hala demi menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Lula turut menzahirkan kesediaan Parti Pekerja Brazil untuk mengekalkan pertukaran rapat dengan PKC, di samping memainkan peranan positif dalam usaha mengintensifkan hubungan dua hala dan persahabatan rakyat kedua-dua negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha