ARTIKEL

China buka siasatan kematian Dr Li, pembocor awal wabak koronavirus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Berkaitan kematian Doktor Li Wenliang yang pertama kali mengeluarkan maklumat berkaitan koronavirus di Wuhan, China mengatakan pihaknya memulakan siasatan komprehensif dan segera.

Li, 34, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Wuhan pada Jumaat akibat jangkitan virus tersebut.

Beliau mula disyaki terkena jangkitan pada 12 Januari lepas dan disahkan positif wabak 2019-nCoV pada 1 Februari.

Li sebelum ini pernah memperingatkan khalayak potensi merebaknya virus bahaya itu yang menyamai SARS pada Disember 2019.

Menurut AFP pada Jumaat, bahagian antirasuah mengatakan, kematian Li menyebabkan kemarahan khalayak dengan cara kerajaan menangani kecemasan koronavirus.

Li salah seorang daripada lapan doktor yang dihukum polis Wuhan kerana membocorkan maklumat virus korona di media sosial.

Mahkamah Agung China pada Januari mengkritik tindakan polis Wuhan atas tindakan terhadap Li dan tujuh doktor lainnya.

Mahkamah percaya wabak tersebut mungkin tidak begitu serius jika masyarakat percaya ‘rumor’ awal itu.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU