ARTIKEL

China, ketenteraan, radar, salutan halimunan, antiselinap
Tentera China telah mengumumkan sejenis bahan penyelinapan baharu yang tidak dapat dikesan oleh radar antiselinap. - Foto: South China Morning Post

China cipta salutan halimunan, jadikan pesawat tidak dapat dikesan radar antiselinap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING, China: Ahli sains ketenteraan China telah membangunkan bahan penyelinapan baharu yang boleh digunakan pada pesawat dan peralatan pertahanan lain untuk mengurangkan kebolehlihatan radar antiselinap, lapor Sputnik.

Akhbar South China Morning Post pada Isnin melaporkan bahan baharu itu, yang diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Pertahanan Kebangsaan, mampu menukar gelombang elektromagnet, dengan panjang gelombang antara 0.7 meter hingga 0.18 meter, menjadi haba.

Teknologi ini berkesan meliputi jalur P dan L yang merupakan jalur operasi kebanyakan radar antiselinap masa kini.

Menurut laporan itu, bahan itu ringan, fleksibel dan mudah dihasilkan secara besar-besaran, menjadikannya sesuai untuk menyaluti pesawat atau platform senjata lain yang memerlukan ciri penyelinapan.

Ahli sains turut menyatakan bahawa bahan ini menjimatkan kos dan boleh digunakan pada pelbagai jenis peralatan ketenteraan.

Mereka percaya bahawa teknologi ini berpotensi menjadi “kunci bagi China untuk memenangi peperangan pada masa depan”.

China kini memegang majoriti paten metamaterial di dunia. – BERNAMA-SPUTNIK

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan