ARTIKEL

China dan Mesir sokong dialog selesaikan konflik Asia Barat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Menyokong penyelesaian masalah serantau melalui dialog dan rundingan serta menentang penggunaan kekerasan secara sewenang-wenangnya merupakan konsensus yang dicapai oleh China dan Mesir mengenai peperangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi mengenai perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty, di sini pada Khamis.

Wang berkata konflik yang berlarutan di kawasan Asia Barat hanya akan membawa lebih banyak kesengsaraan kepada rakyat tempatan, memberi kesan negatif yang besar kepada ekonomi serantau serta menjejaskan keselamatan dan kestabilan antarabangsa.

“Mewujudkan gencatan senjata serta menghentikan peperangan merupakan seruan daripada kebanyakan negara di arena antarabangsa dan pihak-pihak terbabit seharusnya didesak segera menekan ‘butang berhenti’ untuk menoktahkan operasi ketenteraan supaya dapat mengelakkan situasi semasa daripada terus meruncing.

“China bersedia untuk terus melakukan komunikasi dan penyelarasan dengan negara-negara serantau termasuk Mesir serta meneruskan peranan konstruktif dalam usaha mencapai keamanan,” kata Wang.

Sementara itu, Badr Abdelatty berkongsi situasi serantau dan pendirian Mesir serta menyatakan bahawa pihaknya amat bimbang akan peperangan yang berlaku di kawasan itu ketika ini.

Mesir amat menghargai pendirian China yang seimbang dan adil serta peranan penting yang dimainkannya, serta bersedia terus berkomunikasi rapat dengan China mengenai usaha membantu meredakan ketegangan dengan secepat mungkin.–BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU