ARTIKEL

Foto kredit: CMG | Bernama

China seru Kemboja, Thailand redakan ketegangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong menyeru agar ketegangan antara Kemboja dan Thailand dapat diredakan secepat mungkin.

Fu berkata China bimbang akan situasi semasa dan berharap kedua-dua pihak dapat bertenang dan menahan diri bagi memulihkan keamanan.

China kini berperanan sebagai pengantara dalam usaha mendorong komunikasi dilakukan antara kedua-dua negara.

Beliau menyatakan China menghormati aturan mesyuarat Majlis Keselamatan PBB dan mengekalkan perhubungan dengan negara anggota serta pihak berkaitan.

Fu berkata Kemboja dan Thailand merupakan jiran baik bagi China.

Kedua-dua negara juga berjiran dan anggota penting ASEAN.

“ASEAN sentiasa mengamalkan tradisi menyelesaikan perbezaan pendapat secara damai.

Diharap kali ini keamanan dapat terus diwujudkan,” katanya dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) di sini, pada Khamis. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha