ARTIKEL

CIDB mengeluarkan notis terhadap kontraktor yang gagal mematuhi Akta 520, dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu 2025 yang dijalankan di sekitar Kuching.

CIDB keluar 14 notis terhadap kontraktor di sekitar Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 14 notis dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sarawak terhadap kontraktor yang gagal mematuhi Akta 520, dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu 2025 yang dijalankan di sekitar Kuching.

Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak (ABM).

CIDB mengeluarkan notis terhadap kontraktor yang gagal mematuhi Akta 520, dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu 2025 yang dijalankan di sekitar Kuching.

CIDB dalam satu kenyataan memaklumkan, fokus utama operasi ialah pendaftaran kontraktor dan pekerja, keselamatan tapak pembinaan, kesihatan pekerja serta pematuhan peraturan industri pembinaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kontraktor gagal memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB, tidak mendaftarkan pekerja binaan mereka serta gagal menguruskan aspek keselamatan tapak bina,” katanya.

Selain CIDB, kata kenyataan itu JKKP turut mengeluarkan tiga notis berkaitan pelanggaran peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Manakala katanya JTK dan SSM pula memeriksa syarikat bagi memastikan pematuhan pendaftaran serta hak pekerja dipelihara.

“KKM turut melakukan pemeriksaan bagi memastikan tapak binaan menyediakan kemudahan kesihatan dan kebersihan yang mencukupi kepada pekerja,” ujarnya.

CIDB menegaskan bahawa operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan CIDB dan agensi berkaitan dalam meningkatkan tahap pematuhan dan keselamatan dalam industri pembinaan.

Jelasnya, semua kontraktor digesa untuk segera mematuhi keperluan yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang yang lebih tegas pada masa hadapan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran dalam sektor pembinaan boleh menyalurkan aduan kepada CIDB Sarawak atau agensi berkaitan bagi memastikan sektor ini berkembang secara mampan, selamat dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih