Buat penampilan khas dalam Agenda Warisan Pintar Old Kuching
SEMPENA Agenda Warisan Pintar Old Kuching artis dari luar negara seperti Cita Citata bakal menemui peminat di Kuching pada 30 Mac ini.
Penampilan khas Cita Citata sememangnya bakal ditunggu-tunggu oleh peminat kerana suara yang merdu dan penampilannya.
Cita Citata, penyanyi kelahiran Indonesia terkenal dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini dan Perawan Atau Janda yang sememangnya sudah mendapat tempat di hati peminat di Kuching.
Sebelum menjadi penyanyi terkenal, Cita Citata sering menyanyi lagu dangdut di majlis perkahwinan dengan Gemilang Abdi Pratama.
Selain itu, Cita Citata juga pernah menyanyi pop dan jazz semasa di sekolah dahulu. Walaubagaimanapun, Cita Citata mengambil keputusan untuk menjadi penyanyi dangdut apabila menyertai Sani Muzik Indonesia pada tahun 2014.
Single Cita Citata yang pertama menampilkan Kalimera Athena karya yang ditulis oleh Doel Sumbang.
Selepas itu, nama Cita Citata telah melonjak popular apabila single keduanya, Sakitnya Tuh Disini.
Cita Citata tidak menjangkakan single keduanya telah mendapat sambutan yang hangat oleh orang ramai.
Menurut Cita Citata, lagu Sakitnya Tuh Disini adalah inpirasi kisah putus cintanya dengan Gemilang atau nama panggilannya, Shahmi.
Pencapaian Cita Citata menerusi lagu Sakitnya Tuh Disini tidak terhenti begitu sahaja apabila lagu ‘Goyang Dumang’ telah mendapat carta kedua dalam Yotube Rewind pada 2015.
Warga Kuching dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan konsert sempena Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019.