ARTIKEL

Poster Sambutan Gawai Dayak Coca-Cola.

Coca-Cola Malaysia sokong sambutan Gawai di Kampung Annah Rais

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bagi komuniti yang meraikannya, Gawai bukan sekadar satu detik perayaan, sebaliknya ia merupakan satu musim yang diraikan melalui usaha bersama daripada persiapan berhari-hari, kerja gotong-royong sehinggalah kepada ritual, jamuan dan suasana rumah terbuka yang mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Pada tahun ini, Kampung Annah Rais membuka rumah panjangnya pada 1 dan 2 Jun 2026, mengundang penduduk tempatan dan pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman Gawai yang dibina secara bersama oleh komuniti.

Dengan sokongan Coca-Cola Malaysia, sambutan berasaskan komuniti itu mengetengahkan penglibatan komuniti dalam proses di sebalik perayaan termasuk penyediaan makanan, pakaian, muzik, tarian dan tradisi yang diwarisi turun-temurun melalui semangat gotong-royong.

Ketua Kaum Kampung Annah Rais, Tn Joda Mamung berkata, Gawai bukan sekadar acara untuk ditonton, tetapi satu perayaan yang diraikan bersama oleh komuniti.

“Gawai sentiasa tentang rasa syukur dan berkumpul sebagai satu komuniti. Ia bukan sesuatu yang kita hanya tonton, tetapi sesuatu yang kita bina bersama. Tahun ini kami membuka lebih luas pintu rumah panjang untuk mengalu-alukan orang lain merasai sendiri bagaimana Gawai dibina dan diraikan bersama kami,” katanya.

Menurut beliau, sambutan ini memberi peluang kepada pengunjung mengenali budaya Bidayuh dengan lebih dekat melalui penglibatan terus dalam aktiviti komuniti.

Sementara itu, Coca-Cola Malaysia berkata sokongan mereka bukan hanya tertumpu pada hari utama perayaan, tetapi juga melibatkan fasa persediaan, jamuan dan detik-detik bersama komuniti yang menjadi asas kepada Gawai itu sendiri.

“Gawai mencerminkan bagaimana detik bersama dapat mengeratkan hubungan melalui budaya dan tradisi. Di Coca-Cola, kami percaya kepada kekuatan hubungan ini,” kata Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kelestarian Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Khairul Anwar.

Sepanjang dua hari sambutan, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti Ngabang (rumah terbuka), persembahan budaya, pertandingan Dayung Sangun serta bazar komuniti yang menawarkan kraftangan, makanan tradisional dan produk tempatan.

Antara tarikan lain termasuk pertunjukan laser, persembahan muzik budaya serta perarakan “Longest Coca-Cola Mural Convoy to Gawai Festival” yang dianjurkan bersama Grab selain pengalaman realiti terimbuh (AR) bertemakan Gawai yang menggabungkan elemen budaya dan teknologi moden.
Sambutan ini turut menawarkan cenderamata eksklusif, produk minuman edisi khas serta aktiviti pensampelan kepada pengunjung.

Program di Kampung Annah Rais ini mencerminkan Gawai sebagai lebih daripada sekadar perayaan, tetapi satu proses hidup yang dibina melalui kerjasama, keterbukaan dan semangat komuniti yang berterusan.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil