ARTIKEL

Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak baharu Cornelia Wong Chui - sumber: (LPKP Sarawak)

Cornelia Wong dilantik Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cornelia Wong Chui dilantik sebagai Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak berkuat kuasa pada 15 Disember lalu setelah menjadi mantan Ketua Penolong Pengarah, Unit Prosesan Pencen Cawangan Sarawak.

Untuk itu, beliau mengadakan sesi perjumpaan sulung bersama-sama pegawai dan anggota LPKP Sarawak di Bilik Mesyuarat Utama LPKP Sarawak, Tingkat 12, Bangunan Sultan Iskandar, di sini, semalam.

Pada masa sama, perjumpaan tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Pengurusan) Abang Zulkarnain Abang Ibrahim bertujuan memberi taklimat pengenalan LPKP Sarawak kepada pengarah baharu.

Selain itu, sesi perjumpaan tersebut juga diadakan secara maya disertai warga kerja LPKP Sarawak Cawangan Sibu dan Cawangan Miri.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Bahagian Pelesenan) Rosidah Mohtar; Pegawai Undang-Undang Jacqueline Charlie; Ketua Bahagian Teknologi Maklumat Carlos Remonza Sullong; Ketua LPKP Sarawak Cawangan Sibu Wong Siong Siang; Ketua LPKP Sarawak Cawangan Miri Elizebeth Mayang Thomas serta pegawai-pegawai LPKP Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU