ARTIKEL

Covid-19: 11 daerah kekal Merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Beluru hari ini telah bertukar status daripada kuning kepada jingga setelah merekodkan sejumlah 28 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga sebanyak lima daerah.

“Daerah Song telah kembali ke status kuning daripada status jingga setelah mencatatkan hanya 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning sebanyak 16 daerah,” katanya.

Sementara itu JPBN menambah , 11 daerah kekal berstatus merah dan lapan lagi kekal berstatus hijau.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU