COVID-19: 419 kes baharu dengan Sri Aman catat kes tertinggi, 159

KUCHING: Sebanyak 419 kes baharu positif Covid-19 dan satu kes kematian baharu dilaporkan di Sarawak hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jumlah kes yang dilaporkan hari ini adalah yang kedua tertinggi dilaporkan.

“Dari 419 kes tersebut, 159 kes adalah dari Penjara Pusat Sri Aman dan kes ini adalah sama seperti kes mendadak yang berlaku di Pusat Tahanan Semuja Serian.

“Mereka ini semua dikawal di dalam Penjara Pusat Sri Aman,” jelas beliau pada sidang media perkembangan harian Covid-19 Sarawak di Bangunan Dun Lama, di sini hari ini.

Uggah berkata, kes positif pertama bagi kelompok ini adalah tahanan yang ditempatkan di penjara berkenaan sejak 28 Mac 2018.

Beliau menjelaskan, kes telah dikesan positif pada 1 April lalu sebelum menjalani proses pelepasan (parol).

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Apr 2021

Suara Sarawak