ARTIKEL

COVID-19: 46 lagi kematian di Indonesia dalam tempoh 24 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Sebanyak 46 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam di Indonesia akibat COVID-19, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama pada 11 Mac lepas.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, jumlah kematian di Indonesia kini meningkat kepada 359 kes.

Sebanyak 36 daripada 46 kematian dalam tempoh 24 jam itu, berlaku di Jakarta.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 399 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes kini meningkat kepada 4,341 kes,” katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 195 kes, diikuti Jawa Tengah (43 kes), Jawa Timur (27) dan selebihnya di wilayah- wilayah lain di Indonesia– BERNAMA TAG: Indonesia, COVID-19, kematian,– BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha