ARTIKEL

Covid-19: 64 kes positif di Sarawak hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan 64 kes positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 2,111.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Sibu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 43 diikuti Miri (6), Kuching (3), Julau (2), Meradong (2), Beluru (2), Dalat (1), Bintulu (1), Kapit (1) dan Belaga (1).
Pada masa sama, kenyataan itu berkata satu kes kematian berkaitan kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.
Menjelas lanjut, kes ke-2065 ini melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 42 tahun yang dimasukkan ke Hospital Miri pada 13 Januari lalu kerana tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 14 Januari.
“Saringan calitan kes ini yang diambil pada 14 Januari telah didapati positif Covid-19 pada 16 Januari 2021.
“Kes juga mempunyai co-morbid penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan juga Hepatitis A.
“Sehingga siasatan klinikal lanjut selesai dijalankan, kes ini dikategorikan sebagai kes bukan kematian yang disebabkan oleh jangkitan Covid-19 walaupun kes telah didapati positif Covid-19,” katanya.
Sehubungan itu, jumlah kematian pada hari ini adalah kekal seramai 19 orang.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan