ARTIKEL

Covid-19 di Malaysia dijangka berakhir 6 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penularan wabak Covid-19 yang ‘menggoncang’ dunia akan berakhir pada 6 Mei ini di Malaysia.

Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab itu pada Jumaat lalu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf (gambar bawah).

Sebelum ini model yang sama pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.

Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus Covid-19 pada 8 Disember, manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.

Jangkitan wabak global di Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk terjejas dengan 936,293 jangkitan selain 53,511 kematian dijangka berakhir pada 11 Mei. Perkara itu mungkin daripada hasil penilaian terbaharu wabak tersebut yang kini menunjukkan penurunan di beberapa tempat.

Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan sementara di Itali pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

Daripada graf tersebut, jangkitan Covid-19 di Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun iaitu antara yang terlambat daripada 28 buah negara itu.

Australia merupakan satu-satunya negara yang bakal menyaksikan kadar sembuh sepenuhnya 100 peratus pada 22 Mei, iaitu lebih awal daripada negara-negara lain di dunia.

BERITA LAIN

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

BERITA TERBARU

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo