ARTIKEL

Covid-19: Dua meninggal, 192 sembuh, 140 kes positif baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lagi kes kematian akibat Covid-19, manakala 140 kes positif baharu di kesan di Sarawak, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 99 kes, sementara kes positif berjumlah 14,514.

“Kematian ke-98 melibatkan lelaki berumur 71 tahun yang mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu kerana mengalami pendarahan saluran gastrousus dan saringan mendapati kes positif Covid-19.

“Kes disahkan meninggal dunia pada 22 Mac serta mempunyai ko-morbid kanser perut, strok dan artrial fibrilasi.

“Sementara kematian kedua merupakan warga emas wanita berusia 69 tahun yang didapati tidak sedarkan diri, pasukan kecemasan yang datang ke rumah kes mengesahkannya meninggal dunia di rumah kediaman pada 18 Mac.

“Mayat kes kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk siasatan lanjut, keputusan saringan pada 20 Mac mendapati kes positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pecahan kes positif hari ini, JPBNS menyatakan 52 daripadanya dikesan di Daerah Miri, Sibu (36), Bintulu (27), Samarahan (5), Kapit (3), Sarikei (3), Julau (3), Kuching (2), Mukah (2), Limbang (2), Betong (2), Bau (1), Bukit Mabong (1) dan Meradong (1).

“Bagi kes sembuh, hari ini terdapat 192 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11,797 orang atau 81.28 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.

“Manakala, 140 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada yang menunggu keputusan ujian makmal,” tambah JPBNS

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU