ARTIKEL

COVID-19: Individu kembali dari luar negara enggan beri kerjasama boleh dipenjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Individu yang kembali dari luar negara dan enggan memberikan kerjasama kepada petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk hukuman penjara dan denda kerana menghalang penjawat awam untuk melakukan tugas.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

“Menghalang tugas penjawat awam bukan sahaja melibatkan tugas pegawai polis, tetapi sesiapa sahaja penjawat awam yang terlibat dalam operasi memutuskan rangkaian penyakit COVID-19, termasuk petugas kesihatan, jururawat dan doktor.

“Jadi mesyuarat hari ini memutuskan untuk mengenakan tindakan tegas kepada mereka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang isu yang disuarakan oleh seorang doktor sebelum ini berkenaan sikap sesetengah rakyat yang kembali dari luar negara yang bukan sahaja enggan memberikan kerjasama kepada petugas kesihatan tetapi juga mengeji dan mencaci mereka.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU