ARTIKEL

Covid-19: Jumlah pesakit sembuh melebihi kes positif baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit  yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini adalah 95 orang, sekali lagi melebihi jumlah kes baharu positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 84 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,389 kes.

“Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah 3,197 iaitu sebanyak 59.32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, hari ini.

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU