ARTIKEL

Covid-19: Kematian lebih tinggi untuk orang lelaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Hampir 75 peratus daripada kematian akibat COVID-19 di Malaysia melibatkan lelaki kerana golongan itulah yang banyak terlibat dalam aktiviti luar rumah dan yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian paling tinggi COVID-19 melibatkan kaum lelaki adalah dalam kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan Sri Petaling pada Februari lepas.

“Lebih 30 peratus kematian COVID-19 di Malaysia adalah daripada perhimpunan itu,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata lebih 50 peratus pesakit COVID-19 yang meninggal dunia adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas iaitu kumpulan yang berisiko tinggi.

“Lebih 85 peratus (pesakit COVID-19) yang meninggal dunia ada penyakit-penyakit lain iaitu kencing manis, darah tinggi dan sebagainya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata apabila mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai penyakit dijangkiti COVID-19, gejala yang dialami mereka lebih teruk daripada mereka yang tidak ada penyakit.

Sehingga 12 tengah hari Selasa terdapat 82 kes kematian COVID-19 di Malaysia.

Jumlah itu merupakan 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia iaitu 4,987 kes dengan 2,478 kes atau 49.7 peratus telah discaj daripada wad.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan