Covid-19: Lapan kluster catat penambahan 16 kes positif baharu

KUCHING: Jumlah daerah hijau di negeri ini meningkat kepada 10 berikutan Beluru kembali ke status hijau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, tiada kes jangkitan tempatan dikesan di Daerah Beluru dalam tempoh 14 hari yang lalu.

“Manakala, Daerah Samarahan telah bertukar status daripada jingga kepada status merah setelah merekodkan sebanyak 48 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah juga telah meningkat kepada 13 daerah,” kata jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan.

Sementara, jelasnya, hanya satu daerah berstatus jingga iaitu Daerah Sarikei manakala 16 daerah lain kekal berstatus kuning.

Dalam kenyataan yang sama, sebanyak 34 kluster yang masih aktif dilaporkan di negeri ini.

Kata JPBNS, daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kluster yang melaporkan terdapat
penambahan kes manakala 26 kluster yang lain tiada penambahan kes.

Lapan kluster tersebut iaitu Jalan Sanyan (5), Jalan Awang (3), Jalan Merpati (2), Nanga Bulo (2), Emperoh Jambu (2),Jalan Kampung Hilir (1) dan Jalan Tanjung (1).

Suara Sarawak