ARTIKEL

Covid-19: Polis dan tentera usaha pertingkatkan kesedaran masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kerjasama antara polis dan tentera diharap dapat mempertingkatkan lagi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya wabak COVID-19.

Kesedaran dan pemahaman mengenai bahaya wabak COVID – 19 diharap dapat membuatkan mereka terus berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sehingga 31 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata ke arah membantu usaha kerajaan mencapai matlamat itu, seramai 48 anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan akan terbabit membantu polis menjalankan tugas pengawalan pergerakan  yang bertujuan mencegah penularan wabak COVID-19 di Daerah Bintulu.

Dengan adanya  bantuan daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan, usaha membendung penularan wabak berkenaan dapat ditingkatkan, katanya kepada media semasa ditemui  usai menerima ketibaan pasukan Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan Leftenan Kolonel Norhisam Miskon di perkarangan Balai Polis Pusat Bintulu, di sini.

Menurut Zulkipli lagi, memasuki hari kelima MCO, tahap kesedaran dan pematuhan rakyat Daerah Bintulu dilihat amat memberangsangkan.

Beliau berharap menerusi kerjasama seperti itu, tahap pematuhan dan kesedaran di kalangan peringkat masyarakat akan terus meningkat.

Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan masih terdapat segelintir pihak yang masih belum memahami, malah, ingkar dengan arahan tersebut sambil menegaskan orang ramai hendaklah mematuhi perintah berkenaan bagi memutuskan rantaian wabak berbahaya itu yang hanya boleh bertahan selama 14 hari.

“Sebab itu orang ramai diminta kuarantinkan diri sendiri dengan berada di dalam rumah masing-masing sehingga tempoh MCO iaitu 31 Mac ini,ujarnya.

Beliau  percaya, jika orang ramai patuh dengan arahan tersebut, virus wabak COVID-19 akan berakhir.

Menurut Zulkipli lagi, kegagalan mematuhi perintah berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU